09 July 2012

GURU GANTI DI PRA MELATI



Menjadi guru ganti di pra bukan mudah seperti dijangka. Pengalaman amat menarik. Masa 8 pagi hingga 12 tgh. Kenapa jadi guru ganti? Guru pra bercuti 3 hari. 3. 4 dan 5 Julai ( Selasa, Rabu, Khamis ).

30 March 2012

3003

Cinta guru kepada murid lebih daripada cinta ibu bapa kepada anak.

Seorang guru yang jujur haruslah berniat agar muridnya lebih pintar dari dia. Tetapi seorang murid yang jujur harus pula mengakui siapa gurunya.

29 March 2012

PEMANTAUAN NAZIR LINUS


Terima kasih diucapkan kepada En. Sarafuddin b. Ibrahim kerana memilih Pemulihan Khas untuk sesi pencerapan. Beliau salah seorang Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia.

27 March 2012

GPKT

TUGAS-TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS TAMBAHAN

Kepada,
Guru Besar
Sekolah Rendah
Daerah Kinabatangan

Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pendidikan Khas dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah melantik dan melatih seramai 141 orang Guru Pemulihan Khas tambahan di beberapa buah sekolah yang terlibat. Antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas Tambahan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Membantu Guru Pemulihan Khas yang sedia ada melaksanakan Program Pemulihan Khas kepada murid LINUS Tegar Tahun 1, 2 dan 3 sahaja,

2. Membantu Guru LINUS mengajar murid LINUS jika disekolah berkenaan tidak ada lagi murid LINUS Tegar (Tahun 1, 2 dan 3),

3. Mengajar dalam kelas dengan peruntukan masa yang telah ditetapkan seperti berikut:
Perkara
Guru Pemulihan Khas
Guru Pemulihan Khas Tambahan
Mengajar Pemulihan
BM Tahun 3 : 8 masa
M3 Tahun 3 : 7 masa
BM Tahun 2 : 4 masa
M3 Tahun 2 : 4 masa
BM Tahun 1 : 10 masa
M3 Tahun 1 : 7/8 masa
BM Tahun 2 : 4 masa
M3 Tahun 2 : 3 masa
Mengajar Bekas Murid Pemulihan Tahun 4/5
BM Tahun 4/5 : 4 masa
M3 Tahun 4/5 : 3 masa
TIADA
Membantu Guru LINUS mengajar Murid LINUS
TIADA
BM Tahun 1 : 3 masa
M3 Tahun 1 : 3 masa
Masa Persediaan
4 masa
4 masa
JUMLAH
34 Masa (1020 minit)
34 Masa (1020 minit)

4. Guru Pemulihan Khas Tambahan adalah tertakluk kepada arahan dan pekeliling yang telah dikeluarkan seperti Guru Pemulihan Khas yang sedia ada,

5. Guru Pemulihan Khas akan diarah bertugas/membantu ke sekolah lain dalam daerah yang mempunyai ramai murid LINUS Tegar sekiranya di sekolah tempat mereka bertugas mempunyai murid LINUS Tegar Tahun 1, 2 dan 3 kurang daripad 10 orang,

6. Guru Pemulihan Khas Tambahan juga adalah tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas terutama sekali dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dan Perancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format yang telah diarahkan,

7. Guru Pemulihan Khas Tambahan juga diwajibkan menyediakan rekod dan fail seperti yang telah diarahkan kepada Guru Pemulihan Khas yang sedia ada.

Segala kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini sangat-sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekiranya terdapat pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat berhubung perkara ini, sila hubungi En. Amly b. Ali Amat di talian 089-561881/0148551405. Sekian, terima kasih.

29 February 2012

10 January 2012

PRA MELATI DI PEMULIHAN KHAS


Sementara menunggu penyerahan bangunan pra baru kepada pihak sekolah. Kelas pemulihan khas dibekukan untuk seketika.