03 November 2012
26 September 2012
17 September 2012
17 July 2012
10 July 2012
09 July 2012
GURU GANTI DI PRA MELATI
Menjadi guru ganti di pra bukan mudah seperti dijangka. Pengalaman amat menarik. Masa 8 pagi hingga 12 tgh. Kenapa jadi guru ganti? Guru pra bercuti 3 hari. 3. 4 dan 5 Julai ( Selasa, Rabu, Khamis ).
16 May 2012
30 March 2012
3003
Cinta guru kepada murid lebih daripada cinta ibu bapa kepada anak.
Seorang guru yang jujur haruslah berniat agar muridnya lebih pintar dari dia. Tetapi seorang murid yang jujur harus pula mengakui siapa gurunya.
Seorang guru yang jujur haruslah berniat agar muridnya lebih pintar dari dia. Tetapi seorang murid yang jujur harus pula mengakui siapa gurunya.
29 March 2012
PEMANTAUAN NAZIR LINUS
27 March 2012
GPKT
TUGAS-TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS TAMBAHAN
Kepada,
Guru Besar
Sekolah Rendah
Daerah Kinabatangan
Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pendidikan Khas dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah melantik dan melatih seramai 141 orang Guru Pemulihan Khas tambahan di beberapa buah sekolah yang terlibat. Antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas Tambahan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Membantu Guru Pemulihan Khas yang sedia ada melaksanakan Program Pemulihan Khas kepada murid LINUS Tegar Tahun 1, 2 dan 3 sahaja,
2. Membantu Guru LINUS mengajar murid LINUS jika disekolah berkenaan tidak ada lagi murid LINUS Tegar (Tahun 1, 2 dan 3),
3. Mengajar dalam kelas dengan peruntukan masa yang telah ditetapkan seperti berikut:
Perkara | Guru Pemulihan Khas | Guru Pemulihan Khas Tambahan |
Mengajar Pemulihan | BM Tahun 3 : 8 masa M3 Tahun 3 : 7 masa BM Tahun 2 : 4 masa M3 Tahun 2 : 4 masa | BM Tahun 1 : 10 masa M3 Tahun 1 : 7/8 masa BM Tahun 2 : 4 masa M3 Tahun 2 : 3 masa |
Mengajar Bekas Murid Pemulihan Tahun 4/5 | BM Tahun 4/5 : 4 masa M3 Tahun 4/5 : 3 masa | TIADA |
Membantu Guru LINUS mengajar Murid LINUS | TIADA | BM Tahun 1 : 3 masa M3 Tahun 1 : 3 masa |
Masa Persediaan | 4 masa | 4 masa |
JUMLAH | 34 Masa (1020 minit) | 34 Masa (1020 minit) |
4. Guru Pemulihan Khas Tambahan adalah tertakluk kepada arahan dan pekeliling yang telah dikeluarkan seperti Guru Pemulihan Khas yang sedia ada,
5. Guru Pemulihan Khas akan diarah bertugas/membantu ke sekolah lain dalam daerah yang mempunyai ramai murid LINUS Tegar sekiranya di sekolah tempat mereka bertugas mempunyai murid LINUS Tegar Tahun 1, 2 dan 3 kurang daripad 10 orang,
6. Guru Pemulihan Khas Tambahan juga adalah tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas terutama sekali dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dan Perancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format yang telah diarahkan,
7. Guru Pemulihan Khas Tambahan juga diwajibkan menyediakan rekod dan fail seperti yang telah diarahkan kepada Guru Pemulihan Khas yang sedia ada.
Segala kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini sangat-sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekiranya terdapat pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat berhubung perkara ini, sila hubungi En. Amly b. Ali Amat di talian 089-561881/0148551405. Sekian, terima kasih.
29 February 2012
10 January 2012
PRA MELATI DI PEMULIHAN KHAS
Subscribe to:
Posts (Atom)